Saturday 24 May 2014

#GSTrakyat SISTEM PERCUKAIAN DAN PEMBANGUNAN NEGARA

Dalam menghadapi kemelut ekonomi semasa, kita perlu terus waras dalam mengambil tindakan. Ini termasuk dalam menggubal Dasar Percukaian Negara, khususnya dalam Bajet 2011.

Sesebuah negara perlu mempunyai sistem pungutan hasilnya yang tersendiri. Sistem pungutan hasil boleh diguna untuk mempengaruhi peruntukan sumber dalam negara. Ia juga dapat mempengaruhi arah aliran peruntukan penggunaan sumber ekonomi.

Pada akhirnya ia juga boleh mempengaruhi kestabilan ekonomi. Matlamat-matlamat ekonomi ini penting dalam pengurusan ekonomi sesebuah negara semoga ekonomi negara sentiasa berada dalam keadaan baik dan mampu menghala kepada ekonomi mampan.

Dalam usaha kerajaan mengubal dasar berkaitan sistem punggutan hasil negara, semangat keadilan ekonomi dan kemantapan muafakat dikalangan rakyat perlu menjadi prinsip-prinsip asas utama. Semangat tersebut adalah inti kepada kekukuhan dan kecapaian kemajuan ekonomi negara secara berterusan kerana agenda ekonomi berkait rapat dengan keunggulan keadaan sesebuah masyarakat.


Sesebuah negara pada lazimnya mempunyai kekayaannya yang mampu menghasil pendapatan seperti tanah, hutan, bahan galian dan sebagainya. Jika pendapatan dari sumber-sumber tersebut menyumbang secara besar-besaran kepada keperluan negara maka jumlah cukai yang perlu dipunggut mungkin kecil dan ia juga berkemungkinan cukai dikecualikan secara mutlak.


Cukai adalah salah satu di antara mekanisme untuk memungut hasil kepada negara. Ia mungkin dalam bentuk cukai korporat, cukai pendapatan, cukai jualan, cukai import dan eksport; dan sebagainya.


Kerajaan mengikut Islam mempunyai hak untuk mengadakan dasar percukaian dalam memungut hasil kepada negara, asalkan dasar tersebut digubal menepati prinsip yang adil dan tidak membebankan individu rakyat (sektor swasta). Hak ini diasaskan kepada hadis Nabi s.a.w. dengan maksud:


"Di dalam harta seseorang terdapat tanggungjawab selebih daripada pembayaran zakat"

Mengikut Marghinani jika sumber pendapatan negara tidak mencukupi, negara perlu memungut cukai daripada rakyat untuk membiayai kepentingan umum. Begitu juga pandangan Imam Abu Yusuf yang menjelaskan bahawa negara boleh menaik atau menurun kadar cukai mengikut kemampuan rakyat.

Khalifah-khalifah ulung Islam seperti Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Ali bin Abi Talib dan Umar ibn ‘Abd al-Aziz, telah dilaporkan memberi tekanan bahawa cukai-cukai yang dikenakan oleh negara hendaklah berasaskan semangat yang menjurus kepada keadilan dan memupuk masyarakat penyayang semoga kadar cukai tidak membebankan rakyat dan tidak diluar kemampuan rakyat membayar.


Sistem percukaian mengikut Islam dengan itu perlu kepada satu pengkajian yang teliti dan rapi menepati prinsip-prinsip di atas. Falsafah sistem percukaian hendaklah menepati semangat mempertahan hak dan kebebasan individu dan disertai dengan usaha memupuk perasaan dan peranan tanggungjawab ke atas golongan masyarakat yang berada.

Sistem cukai yang digubal oleh sesebuah negara dengan itu jangan sekali-kali bermatlamat untuk membebankan sektor swasta.

Disamping sebagai sumber pendapatan hasil negara, sistem cukai hendaklah bermatlamat untuk mempengaruhi sektor swasta ke arah mereka mengambil tindakan positif kepada kestabilan dan seterusnya pembangunan ekonomi negara.


Dalam konteks mengubal dasar cukai oleh sesebuah negara, Ibn Khaldun (1332-1406M) memberi satu pendekatan yang sangat menarik. Pendekatan yang beliau kemukakan bukan sahaja mampu memenuhi semangat keadilan tetapi sekali gus mampu memerangsangkan semangat berusaha dikalangan pengusaha (pembayar cukai) yang seterusnya memungkinkan keadaan ekonomi turut berkembang dan mampan.


Beliau dalam bukunya yang paling terkemuka, Mukadimah Ibn Khaldun ada menyarankan pandangan dan pendekatan beliau tentang dasar cukai dengan maksud seperti berikut:

"Apabila taksiran cukai dan kewajipan membayar cukai ke atas rakyat adalah sedikit, mereka mempunyai kesungguhan dan semangat untuk mengusahakan sesuatu. Budaya mengusahakan menjadi berkembang dan meningkat, sebab pengenaan cukai yang rendah itu mendorong kepada suatu kepuasan hati. Apabila budaya mengusahakan itu meningkat, jumlah kewajipan terhadap orang perseorangan dan taksiran cukai akan berlipat ganda. Sebagai akibatnya, hasil pendapatan cukai yang merupakan jumlah keseluruhan daripada (taksiran terhadap orang perseorangan) akan meningkat."

Dalam buku tersebut beliau juga ada membuat penganalisaan berikut:

"Kemudian, jumlah taksiran cukai dipertingkatkan dikenakan lepas satu kepada satu yang lainnya, sejajar dengan peningkatan budaya hidup mewah dan keperluan negara yang banyak serta perbelanjaan yang diperlukan sehubungan dengannya. Akhirnya, cukai yang dikena akan membebani rakyat, dan terlalu menyukarkan mereka.

Taksiran itu meningkat melampau batas kewajarannya. Akibatnya ialah minat rakyat hendak melakukan budaya mengusahakan akan menjadi lenyap,
Akhirnya peradaban dihancurkan, kerana perangsang untuk melakukan aktiviti keusahawanan sudah tiada lagi. Negaralah yang menanggungi akibatnya, sebab manfaatnya banyak diperolehi daripada kegiatan keusahawanan.
Sekiranya seseorang itu memahami hal ini, dia akan menyedari bahawa pendorong yang paling kuat untuk aktiviti keusahawanan ialah dengan mengurangkan sebanyak yang mungkin jumlah yang dikenakan ke atas orang perseorangan yang berupaya untuk melakukan usaha-usaha keusahawanan."
Dari pendekatan yang dianjurkan oleh Ibn Khaldun berkaitan dengan dasar percukaian negara, kita dapat mempelajari beberapa panduan dalam mengubal dasar percukaian semasa untuk sesebuah negara seperti berikut:

(i) Dalam mengubal dasar cukai untuk negara, kadar cukai perlu rendah semoga semangat keusahawanan rakyat dapat terus dirangsangkan.

(ii) Jika jumlah cukai perlu ditingkat oleh sesebuah negara kadar cukai perlu berada pada paras yang rendah.
(iii) Pemerintah perlu sentiasa berwaspada semoga kemewahan yang mengakibat kepada perbelanjaan negara meningkat perlu sentiasa dikawal.  Akibat dari gelagat pemerintah yang mewah, kemungkinan besar kadar cukai akan dinaikkan dan beban cukai terhadap rakyat akan  meningkat. Natijahnya tamadun bangsa negara tersebut akan menghadapi arah kehancuran.

Dari perbincangan di atas jelas kepada kita bahawa Ibn Khaldun pada Abad 15M lagi telah mengutarakan satu pendekatan sistem percukaian negara oleh pemerintah yang menepati semangat Islam dan sekaligus menepati tabii masyarakat bernegara semoga tamadun yang tinggi dapat dijayakan. Bahkan pendekatan beliau ini masih sesuai pada masa kini dan sekali gus turut mempunyai ciri dinamik untuk masa hadapan sesebuah ekonomi negara.


Ditulis oleh Datuk Nik Mustapha Hj. Nik Hassan dari
Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Friday 23 May 2014

#GSTrakyat SOALAN BOCOR SPM 2014???



Jika topik cukai masuk dalam soalan SPM 2014. Untunglah.

Cukai bukan perkara baru di Malaysia.


Sesetengah barang dan perkhidmatan yang kita bayar sekarang dikenakan cukai.

Cukai itu dipanggil cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Pada 1 April 2015, SST akan digantikan dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Ingat, GST akan menggantikan SST. 

GST ini juga Dari Rakyat Untuk Rakyat. Untunglah.

Apa perbezaanya SST dan GST termasuk pengiraanya? Rujuk dan hafal jadual dibawah tetapi jangan bawa ke dewan peperiksaan. Selamat maju jaya.







#GSTrakyat KERAJAAN DAN RAKYAT BERPISAH TIADA






Pemimpin yang dipilih rakyat dalam pilihanraya umum bukan hanya dipertanggungjawabkan untuk menjaga perut, keselesaan dan keselamatan rakyat.

Kadangkala tugas pemimpin yang dipilih lebih daripada itu.




Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyangkal dakwaan pembangkang kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak memperdulikan mengenai kenaikan harga barang dan melakukan kawalan harga di seluruh negara.


Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun dunia sedang menghadapi kenaikan kos namun perkara itu tidak pernah berlaku di Malaysia. 


"Tidak ada negara di dunia ini membuat kawalan harga barang, malah banyak subsidi diberikan kerajaan bagi meringankan beban rakyat,” katanya di Teluk Intan, Perak seperti di laporkan Berita Harian. 


Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin di Dewan Orang Asli Erong di sini. Barang-barang makanan seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu dan belacan tidak dikenakan GST Dari Rakyat Untuk Rakyat. 




Kerajaan dan rakyat berpisah tiada di waktu susah dan senang.