Showing posts with label GST. Show all posts
Showing posts with label GST. Show all posts

Friday, 23 May 2014

#GSTrakyat SOALAN BOCOR SPM 2014???



Jika topik cukai masuk dalam soalan SPM 2014. Untunglah.

Cukai bukan perkara baru di Malaysia.


Sesetengah barang dan perkhidmatan yang kita bayar sekarang dikenakan cukai.

Cukai itu dipanggil cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Pada 1 April 2015, SST akan digantikan dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Ingat, GST akan menggantikan SST. 

GST ini juga Dari Rakyat Untuk Rakyat. Untunglah.

Apa perbezaanya SST dan GST termasuk pengiraanya? Rujuk dan hafal jadual dibawah tetapi jangan bawa ke dewan peperiksaan. Selamat maju jaya.







#GSTrakyat KERAJAAN DAN RAKYAT BERPISAH TIADA






Pemimpin yang dipilih rakyat dalam pilihanraya umum bukan hanya dipertanggungjawabkan untuk menjaga perut, keselesaan dan keselamatan rakyat.

Kadangkala tugas pemimpin yang dipilih lebih daripada itu.




Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyangkal dakwaan pembangkang kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak memperdulikan mengenai kenaikan harga barang dan melakukan kawalan harga di seluruh negara.


Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun dunia sedang menghadapi kenaikan kos namun perkara itu tidak pernah berlaku di Malaysia. 


"Tidak ada negara di dunia ini membuat kawalan harga barang, malah banyak subsidi diberikan kerajaan bagi meringankan beban rakyat,” katanya di Teluk Intan, Perak seperti di laporkan Berita Harian. 


Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin di Dewan Orang Asli Erong di sini. Barang-barang makanan seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu dan belacan tidak dikenakan GST Dari Rakyat Untuk Rakyat. 




Kerajaan dan rakyat berpisah tiada di waktu susah dan senang.



#GSTrakyat PERLUKAH DATO SITI NURHALIZAH BERSUARA LAGI?



Satu masa dahulu Dato Siti Nurhalizah pernah meluahkan pendapatnya mengenai perpaduan. Perlukah sekali lagi dia meluahkan pendapat tetapi mengenai GST? 



Berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Merdeka Center, 62 peratus rakyat Malaysia didapati tidak bersetuju walaupun tidak faham langsung dengan sistem GST Dari Rakyat Untuk Rakyat ini.

Ramai juga di antara mereka yang tertipu dengan maklumat salah diberikan pihak pembangkang. Lihatlah video dibawah:




Mereka terlupa bahawa GST adalah satu sistem cukai yang telah diterima rakyat di 160 negara termasuk Timor Leste yang merdeka pada awal tahun 2000. Antara negara yang telah menggunakan GST seperti gambar rajah di bawah:



GST Dari Rakyat Untuk Rakyat




#GSTrakyat SISTEM CUKAI MALAYSIA PALING MUNDUR DI DUNIA?



Lebih 160 buah negara di dunia guna sistem GST Dari Rakyat Untuk Rakyat, cuba anda perhatikan pulak gambarajah di bawah:


Kita bila lagi?


#GSTrakyat RAKYAT PATUT MARAH PASAL GST KERANA


Ramai lagi di luar sana yang masih belum jelas mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 6% yang akan dilaksanakan mulai April 2015 ini.

Malah apabila kerajaan mengumumkan yang GST akan diperkenalkan, ramai yang melenting kerana berasa ia hanya menambah beban rakyat.

Ramai yang keliru kerana beranggapan bahawa GST merupakan satu cukai baru selain Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang sudah ditanggung oleh pengguna.

Ketika ini, menurut beliau terdapat dua kadar Cukai Jualan yang dikenakan keatas barangan, sama ada 5% ataupun 10%.

Jika ditambah dengan GST, pastinya akan menambah perbelanjaan kita.

Oleh itu, memang patut pun rakyat marah pasal GST ini kerana penerangan GST sebelum ini yang tidak menyeluruh.

Namun tidak kurang juga yang memberikan sokongan kepada pelaksanaan sistem GST dalam Malaysia.

Ini kerana dengan pelaksanaan GST nanti, beberapa harga barang akan mengalami penurunan yang pastinya akan memberikan keuntungan kepada pengguna.

Harus diingat bahawa barangan asas keperluan harian tidak akan dikenakan GST seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2014.

Jika sebelum ini ada pihak yang mengatakan pelaksanaan GST pada April 2015 akan memberikan impak kepada kenaikan harga barangan harian pengguna.

Namun, jika di amati ketika ini pun harga barangan telah naik secara berperingkat disebabkan peranan orang tengah dan pengilang yang ingin mengautkan keuntungan yang lebih banyak.

Jika sebelum ini ia berlaku ketika penjawat awam dan pekerja sektor swasta menerima kenaikan gaji juga ketika perayaan besar seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Deevapali, Gawai Dayak dan Hari Krismas.

Tambah beliau, ramai sebenarnya keliru dengan pelaksanaan GST kerana memikirkan mereka tidak membayar sebarang cukai dalam proses pembelian harian mereka.

Hakikatnya pengguna tidak sedar yang mereka sebenarnya telah membayar cukai jualan dalam urus niaga harian.

Contohnya jika pengguna membeli pakaian, bag dan kasut sekolah untuk anak-anak, sebenarnya sudah terdapat 10% cukai jualan yang terselindung di dalam harga barangan tersebut. Jika kasut sekolah itu berharga RM30, tidak boleh kata nanti akan ada peningkatan 6%.


Sepatutnya ada pengurangan kerana cukai jualan dihapuskan dan digantikan dengan GST.

#GSTrakyat WHAT'S ALL THE FUSS ABOUT THE GST?






Goods & Services Tax (GST) 



April 1 2015, Malaysia will be imposing GST and since it’s a new concept for Malaysian business and consumers, there might be a slight confusion on the implementation. In order to properly implement GST, businesses have to convert the billing system, and restructure payment method in order to be transparent.

All businesses with annual sales turnover of RM500,000 and above are liable to be registered under GST. Businesses having an annual sales turnover of less than this amount are not liable to be registered under the GST.

Before panicking, we must first understand what is GST. GST is known as value added tax (VAT) in many countries is a multi-stage consumption tax on goods and services. Tax will be levied on the supply of goods and services at each stage of the supply chain from the supplier up to the retail stage of the distribution.

Malaysian Government is taking cautious steps in imposing GST so that consumers will not be burdened by higher costs. Therefore Malaysians won’t be paying GST for certain essential goods like unprocessed meat, cooking oil, sugar and essential services like public transportation electricity, education, healthcare, toll, financial transactions and life insurance.






Why GST?

The main reason we need to pay taxes is to enable the government to finance socio-economic development; which includes providing infrastructure, education, welfare, healthcare, national security etc. 90% of the world’s populations are exposed to GST, including China, Indonesia, Thailand, Singapore and India.

GST is part of the Government’s tax reform programmed to enhance the effectiveness of the existing taxation system. Its serves as a more effective, transparent and business friendly system if implemented correctly. This could spur economic growth as well as increase competitiveness in the global market.

GST prevents double taxation as Streamlined sales tax (SST) could lead to double taxation that can prove to be a demerit to consumers.

Various benefits that GST can offer to consumers and businesses:

•               Improved Standard of Living

•               Lower Cost of Doing Business

•               Nation-Building

•               Fairness and Equality

•               Enhanced Delivery System

•               Increase Global Competitiveness

•               Enhanced Compliance

•               Reduces Red Tape

•               Fair Pricing to Consumers

•               Greater Transparency

Comparative with the present sales tax, consumers would benefit under GST as they will know exactly whether the goods they consume are subject to tax and the amount they pay for.

To further encourage international business, exports of goods and services are not subject to GST (subject to tax at zero-rate).The government is very clear about this to ensure that exports are more competitive in the international market.

GST will be imposed at every level of the supply chain; the tax element does not become part of the cost of the product because GST paid on the business inputs is claimable. Therefore, it does not matter how many stages where a particular good and service goes through the supply chain because the input tax incurred at the previous stage is always deducted by the businesses at the next step in the supply chain.




What is input tax, output tax and input tax credit?

Input tax is the GST charged on the purchase of goods and services used in the business activity. Output tax on the other hand, is GST charged and collected on sales/supplies of goods and services. Input tax credit means tax input claimable by businesses registered under GST.

GST will generate additional revenue of RM 1.0 billion compared with the existing sales tax and service tax. Basically, the imposition of the GST at the rate of 4% will not bring about increase in revenue of RM1.0 billion. The increase in revenue will be realized by having an effective GST system where there is increase in tax compliance.


(Source http://www.gstmalaysia.co/what-is-gst-malaysia/4/)

#GSTrakyat KENAPA KITA RAKYAT MALAYSIA PERLUKAN GST?


Oleh Idris Jala

Nampaknya sudah tersebar luas cerita kurang tepat tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan kerajaan tak lama lagi, walhal fakta sebenar tidak dihebahkan.

Di sini, saya ingin bidas beberapa gambaran palsu tentang cukai itu dan memberikan pembaca perspektif tepat mengenainya.

Perkara pertama perlu diingat ialah GST hanyalah antara tindakan yang dilaksanakan kerajaan bagi menyusun semula sistem kewangan negara untuk mencari sumber hasil baru dan memperkemas kaedah kutipan cukai.

Selain itu, langkah lain juga sedang diambil termasuklah membanteras rasuah, membasmi pembaziran serta mewujudkan proses pemerolehan yang telus.

GST adalah sebahagian program peningkatan secara menyeluruh dengan penggabungan tindakan lain oleh kerajaan, bertujuan mencapai matlamat sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi secara mapan serta menyeluruh menjelang 2020.

Buat masa ini, asas rangkuman cukai kita terbatas iaitu terlalu bergantung kepada cukai pendapatan, baik cukai korporat mahupun cukai individu.

Jumlah penduduk Malaysia mencecah 29 juta tetapi bilangan yang membayar cukai pendapatan kurang daripada dua juta orang.
Takkan individu dan badan korporat yang sama diminta membayar cukai berkali-kali, malah didesak lagi membayar cukai lebih?

Kita cuma boleh berharap mereka dapat menjelaskan lebih cukai bila pendapatan mereka bertambah.
Sudah tentu jika kita tidak memperluas asas cukai, tidak mungkin sebarang potongan terhadap cukai pendapatan dan korporat dapat dipertimbangkan.

Pelbagai sebab yang mendorong kita memperbesar asas cukai, antara lain adalah hasil pendapatan yang tidak dilaporkan.

Sistem cukai nilai tambah seperti GST adalah cukai penggunaan yang mana bayaran cukai akan dikenakan pada setiap tahap berlakunya penambahan nilai dalam proses itu. Ini bermaksud GST hanya akan dibayar oleh golongan yang mampu berbelanja.

Jika anda mempunyai pendapatan tetapi tidak membayar cukai atas sebab tertentu, anda masih mahu membeli dan menggunakan barangan. Bila anda berbelanja, cukai yang dibayar sebagai GST dapat disalurkan kepada kerajaan sebagai sumber pendapatan.

Jika anda bimbang GST akan menyukarkan hidup anda, perlu diingat apabila GST dilaksanakan, kadar cukai sifar boleh dikenakan atas barang keperluan asas sebanyak mana yang mungkin.

Matlamat ini yang sedang diusahakan kerajaan bagi memastikan rakyat tidak terbeban akibat cukai ke atas barang keperluan asas.

Apabila GST dilaksanakan nanti, cukai jualan serta perkhidmatan yang kini pada kadar 6.0 hingga 10 peratus akan dihapuskan.

Pada tahun awal pelaksanaan GST, pendapatan kerajaan belum boleh memperlihatkan keuntungan kerana hasil yang diperoleh akan mengimbangi kehilangan akibat penghapusan cukai jualan dan perkhidmatan.

Akan tetapi, sesudah beberapa lama, GST akan menyumbang kepada sumber pendapatan kerajaan.

Langkah yang dilaksanakan bagi mempertingkatkan hasil pencarian rakyat akan menjadikan rakyat semakin mewah. Apabila pendapatan rakyat semakin meningkat dan jumlah penggunaan juga meningkat, punca pendapatan daripada GST juga akan bertambah untuk kerajaan.

Apa pula manfaat GST untuk rakyat? Pertama, pengguna tidak akan membayar cukai lebih di atas pembekalan barangan dan perkhidmatan asas seperti makanan, pengangkutan awam dan pendidikan kerana cukai akan ditetapkan berkadar sifar untuk barangan dan perkhidmatan tersebut.

Kedua, penambahan hasil bagi kerajaan membolehkan program kebajikan masyarakat seperti BR1M, iaitu program pemberian tunai untuk golongan rakyat berpendapatan rendah diteruskan.

Besar kemungkinan pelaksanaan GST hanya akan dimulakan pada pertengahan 2015 dan itu pun jika GST diumumkan pada bajet akan datang. 

Hal ini kerana jangka masa antara 12 hingga 18 bulan diperlukan untuk memperkemas pelaksanaan cukai nilai tambah ini.

Bayangkan sejenak jika anda seorang pengilang barangan pengguna, contohnya minuman dalam botol.

Anda perlu membeli barangan mentah seperti gula, perisa minuman, botol dan lain-lain daripada pembekal. Pembekal ini akan memasukkan cukai GST dalam harga jualan mereka kepada anda.

Bila anda menjual minuman anda pula, anda juga harus meletakkan harga minuman yang ditambah dengan cukai GST. Namun, anda berhak membuat tuntutan rebet daripada nilai harga yang tidak anda masukkan, yakni cukai yang dikenakan oleh pembekal ke atas anda. Untuk itu, anda perlu menyimpan semua rekod anda dengan betul dan kemas.

Kerajaan akan membantu peniaga, khususnya peniaga kecil untuk membuat sistem penyimpanan rekod agar mudah peniaga melaksanakan sistem cukai nilai tambah ini tanpa masalah.

Banyak manfaat lain diperoleh daripada sistem penyimpanan rekod ini. Sebagai contoh, kajian menunjukkan bahawa nilai modal yang begitu tinggi mengalir keluar dari Malaysia tetapi nilai itu tidak sama dengan nilai yang tercatat dalam akaun negara.

Kira-kira 80 peratus daripada nilai itu adalah harga pindah, iaitu syarikat terbabit memindahkan kos mereka ke serata dunia hanya semata-mata untuk mengurangkan bayaran cukai.

Sesudah pelaksanaan GST, perbuatan seperti ini lebih sukar dilakukan kerana semua rekod akan disimpan pada setiap peringkat dalam proses penambahan nilai.

Rekod dalam rantai perniagaan akan mencatatkan nama pembekal dan harga bekalan, sama juga bagi anda yang menjual, semuanya akan disimpan. Rekod seperti ini akan menunjukkan dengan mudah sebarang pemesongan yang berlaku.

Bukan setakat pemesongan nilai modal, malah perbuatan lain juga boleh dikesan menerusi rekod ini. Hal ini memudahkan kastam mengesan mereka yang mengelak duti dan membolehkan Jabatan Hasil Dalam Negeri menyiasat pihak yang melarikan diri daripada membayar cukai.

Pelaksanaan GST akan memastikan pengemaskinian rekod yang lebih sempurna dan memungkinkan kutipan cukai dan duti yang lebih berkesan pada masa akan datang.

Cukai bernilai tambah ini sudah pun dilaksanakan di kebanyakan negara dunia serta ASEAN. Malah, negara pengeluar minyak juga sudah melakukannya.

Perkara yang ingin ditekankan di sini adalah cukai GST ini luas asasnya dan dikenakan berdasarkan jumlah penggunaan.

Golongan kaya selalunya berbelanja lebih, jadi mereka yang mesti membayar GST, bukannya golongan berpendapatan rendah.

Bila dilihat daripada aspek mana pun, GST sememangnya langkah progresif bertujuan untuk menyusun semula sistem cukai negara kita. GST adalah suatu langkah imperatif, kemestian memang bukan satu-satunya sebagai sumber hasil yang mapan bagi sebuah kerajaan ekonomi yang maju dan membangun untuk melabur balik kepada sektor yang memerlukan.

*Penulis ialah Ketua Eksekutif di Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Thursday, 22 May 2014

#GSTrakyat ANDA TAK KENAL MAKA ANDA TAK CINTA




GST Dari Rakyat Untuk Rakyat akan dilaksana tahun depan.

Sebelum itu mari kita faham betul-betul apa itu GST Dari Rakyat untuk Rakyat supaya jadi rakyat yang bijak. 

1. Apakah itu GST (Goods and Services Tax atau Cukai Barang dan Perkhidmatan)? 

GST merupakan cukai kepenggunaan yang berasaskan kepada konsep nilai ditambah.
Dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk barang dan perkhidmatan yang diimport.

2. Adakah GST merupakan cukai penggunaan yang baru?

GST akan menggantikan cukai kepenggunaan sedia ada iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan. 

Perbezaan GST dengan sistem cukai penggunaan sedia ada hanyalah dari segi skop pengenaan cukai yang lebih meluas iaitu disemua peringkat pengeluaran dan pengedaran di samping boleh menuntut kredit cukai ke atas GST yang dibayar ke atas input perniagaan. 

Berbanding dengan sistem cukai penggunaan sedia ada, di mana Cukai Jualan hanya dikenakan pada satu peringkat pengeluaran iaitu semasa barang-barang tersebut dikeluarkan daripada kilang atau diimport. 

Manakala, Cukai Perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan-perkhidmatan tertentu pada peringkat ianya disediakan kepada pihak pengguna.



3. Dimana hendak dapatkan sumber GST terkini?

Layari laman web Jabatan Kastam Diraja Malaysia di http://gst.customs.gov.my/en/Pages/default.aspx

#GSTrakyat MAJORITI RAKYAT TIMOR LESTE LEBIH PANDAI DARIPADA RAFIZI RAMLI???


Tahukah anda bahawa Timor Leste juga melaksanakan GST?

Timor Leste telah lama bersama 160 negara-negara lain di dunia yang menggunakan sistem GST.

83 peratus daripada negara dalam dunia terima sistem ini kerana cekap, telus dan tingkatkan daya saing negara termasuk jiran kita Singapura.

Tahukah anda GST tidak pernah menjadi kontroversi di Timor Leste?



Republik Demokratik Timor Leste atau Timor Timur ialah sebuah negara kepulauan yang terletak di Asia Tenggara merangkumi pulau Atauro, Jaco, Oecussi-Ambeno dan sebahagian Pulau Timor.

Timor Leste di bawah pemerintahan Republik Indonesia pada tahun 1975 dan berjaya mendapatkan kemerdekaan daripada Indonesia pada Mei 2002.

Rakyat Timor Leste seramai lebih sejuta orang.


#GSTrakyat IPT MERIAHKAN GST DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT

Gambar oleh Utusan Malaysia

Perkara yang baik seperti GST Dari Rakyat Untuk Rakyat mesti dimaklumkan kepada semua, termasuk di kalangan warga institusi pengajian tinggi (IPT).

Warganya yang bijaksana dan berwawasan berhak memahami bahawa GST itu Dari Rakyat Untuk Rakyat. 

Hari ini Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sarankan fakulti ekonomi di institusi pengajian tinggi (IPT) terbitkan tulisan ilmiah GST itu Dari Rakyat Untuk Rakyat. 

Agensi berita nasional, Bernama melaporkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mahu Fakulti Ekonomi di IPT terbit tulisan mengenai GST Dari Rakyat Untuk Rakyat.




Ahmad Maslan percaya warga IPT yang bijaksana mampu menjelaskan tentang GST daripada Rakyat Untuk Rakyat kepada pengguna di peringkat IPT supaya mereka tidak terkeliru oleh tohmahan buruk meraka yang tidak berilmu.

Menurut Bernama,  Datuk Ahmad Maslan menyarankan fakulti ekonomi di institusi pengajian tinggi (IPT) menerbitkan tulisan ilmiah serta memberi ceramah mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

Katanya ia bertujuan menjelaskan tentang CBP kepada pengguna di peringkat IPT supaya mereka tidak terkeliru oleh tohmahan buruk yang dilemparkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengenai sistem percukaian tersebut.

"Tentunya fakulti ekonomi di IPT mempelajari mengenai sistem-sistem percukaian di pelbagai negara, dan mereka sudah tentunya dapat menerangkan kebaikan CBP ini sebagai sebuah sistem cukai yang cekap dan telus," katanya kepada pemberita selepas Taklimat GST di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di sini hari ini.

GST daripada Rakyat Untuk Rakyat akan bermula 1 April 2015 pada kadar 6 % sahaja. GST akan menggantikan cukai jualan (5%) dan cukai perkhidmatan ( 10%) yang sedang dilaksanakan sekarang ini. Selamat tinggal cukai jualan dan cukai perkhidmatan!!!