Thursday 22 May 2014

#GSTrakyat ANDA TAK KENAL MAKA ANDA TAK CINTA




GST Dari Rakyat Untuk Rakyat akan dilaksana tahun depan.

Sebelum itu mari kita faham betul-betul apa itu GST Dari Rakyat untuk Rakyat supaya jadi rakyat yang bijak. 

1. Apakah itu GST (Goods and Services Tax atau Cukai Barang dan Perkhidmatan)? 

GST merupakan cukai kepenggunaan yang berasaskan kepada konsep nilai ditambah.
Dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk barang dan perkhidmatan yang diimport.

2. Adakah GST merupakan cukai penggunaan yang baru?

GST akan menggantikan cukai kepenggunaan sedia ada iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan. 

Perbezaan GST dengan sistem cukai penggunaan sedia ada hanyalah dari segi skop pengenaan cukai yang lebih meluas iaitu disemua peringkat pengeluaran dan pengedaran di samping boleh menuntut kredit cukai ke atas GST yang dibayar ke atas input perniagaan. 

Berbanding dengan sistem cukai penggunaan sedia ada, di mana Cukai Jualan hanya dikenakan pada satu peringkat pengeluaran iaitu semasa barang-barang tersebut dikeluarkan daripada kilang atau diimport. 

Manakala, Cukai Perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan-perkhidmatan tertentu pada peringkat ianya disediakan kepada pihak pengguna.



3. Dimana hendak dapatkan sumber GST terkini?

Layari laman web Jabatan Kastam Diraja Malaysia di http://gst.customs.gov.my/en/Pages/default.aspx

No comments:

Post a Comment