Friday 23 May 2014

#GSTrakyat RAKYAT PATUT MARAH PASAL GST KERANA


Ramai lagi di luar sana yang masih belum jelas mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 6% yang akan dilaksanakan mulai April 2015 ini.

Malah apabila kerajaan mengumumkan yang GST akan diperkenalkan, ramai yang melenting kerana berasa ia hanya menambah beban rakyat.

Ramai yang keliru kerana beranggapan bahawa GST merupakan satu cukai baru selain Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang sudah ditanggung oleh pengguna.

Ketika ini, menurut beliau terdapat dua kadar Cukai Jualan yang dikenakan keatas barangan, sama ada 5% ataupun 10%.

Jika ditambah dengan GST, pastinya akan menambah perbelanjaan kita.

Oleh itu, memang patut pun rakyat marah pasal GST ini kerana penerangan GST sebelum ini yang tidak menyeluruh.

Namun tidak kurang juga yang memberikan sokongan kepada pelaksanaan sistem GST dalam Malaysia.

Ini kerana dengan pelaksanaan GST nanti, beberapa harga barang akan mengalami penurunan yang pastinya akan memberikan keuntungan kepada pengguna.

Harus diingat bahawa barangan asas keperluan harian tidak akan dikenakan GST seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2014.

Jika sebelum ini ada pihak yang mengatakan pelaksanaan GST pada April 2015 akan memberikan impak kepada kenaikan harga barangan harian pengguna.

Namun, jika di amati ketika ini pun harga barangan telah naik secara berperingkat disebabkan peranan orang tengah dan pengilang yang ingin mengautkan keuntungan yang lebih banyak.

Jika sebelum ini ia berlaku ketika penjawat awam dan pekerja sektor swasta menerima kenaikan gaji juga ketika perayaan besar seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Deevapali, Gawai Dayak dan Hari Krismas.

Tambah beliau, ramai sebenarnya keliru dengan pelaksanaan GST kerana memikirkan mereka tidak membayar sebarang cukai dalam proses pembelian harian mereka.

Hakikatnya pengguna tidak sedar yang mereka sebenarnya telah membayar cukai jualan dalam urus niaga harian.

Contohnya jika pengguna membeli pakaian, bag dan kasut sekolah untuk anak-anak, sebenarnya sudah terdapat 10% cukai jualan yang terselindung di dalam harga barangan tersebut. Jika kasut sekolah itu berharga RM30, tidak boleh kata nanti akan ada peningkatan 6%.


Sepatutnya ada pengurangan kerana cukai jualan dihapuskan dan digantikan dengan GST.

No comments:

Post a Comment