Thursday 22 May 2014

#GSTrakyat IPT MERIAHKAN GST DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT

Gambar oleh Utusan Malaysia

Perkara yang baik seperti GST Dari Rakyat Untuk Rakyat mesti dimaklumkan kepada semua, termasuk di kalangan warga institusi pengajian tinggi (IPT).

Warganya yang bijaksana dan berwawasan berhak memahami bahawa GST itu Dari Rakyat Untuk Rakyat. 

Hari ini Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sarankan fakulti ekonomi di institusi pengajian tinggi (IPT) terbitkan tulisan ilmiah GST itu Dari Rakyat Untuk Rakyat. 

Agensi berita nasional, Bernama melaporkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mahu Fakulti Ekonomi di IPT terbit tulisan mengenai GST Dari Rakyat Untuk Rakyat.




Ahmad Maslan percaya warga IPT yang bijaksana mampu menjelaskan tentang GST daripada Rakyat Untuk Rakyat kepada pengguna di peringkat IPT supaya mereka tidak terkeliru oleh tohmahan buruk meraka yang tidak berilmu.

Menurut Bernama,  Datuk Ahmad Maslan menyarankan fakulti ekonomi di institusi pengajian tinggi (IPT) menerbitkan tulisan ilmiah serta memberi ceramah mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).

Katanya ia bertujuan menjelaskan tentang CBP kepada pengguna di peringkat IPT supaya mereka tidak terkeliru oleh tohmahan buruk yang dilemparkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengenai sistem percukaian tersebut.

"Tentunya fakulti ekonomi di IPT mempelajari mengenai sistem-sistem percukaian di pelbagai negara, dan mereka sudah tentunya dapat menerangkan kebaikan CBP ini sebagai sebuah sistem cukai yang cekap dan telus," katanya kepada pemberita selepas Taklimat GST di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di sini hari ini.

GST daripada Rakyat Untuk Rakyat akan bermula 1 April 2015 pada kadar 6 % sahaja. GST akan menggantikan cukai jualan (5%) dan cukai perkhidmatan ( 10%) yang sedang dilaksanakan sekarang ini. Selamat tinggal cukai jualan dan cukai perkhidmatan!!!

2 comments:

  1. bagus betoi.. kat pehimpunan 1 mei ari tu takde pon cite pasai mende nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maklumat lanjut di FB fanpage/channel youtube Spider Malaya atau terus ke laman web Kementerian Kewangan

      Delete